Wednesday, August 22

Raya 2012 :')

Assalamualaikum :')

Okayy , cerita raya. Tak best. Boring. Sakit hati. Tak sihat !
Hari nie raya keempat. Tak macam raya pun ! kan? kan?
For me , memang macam tak raya.

First , baju raya aku tak siap . Again , TAK SIAP .
Fine , pakai baju lain , dah la warna PINK . Urghh . Takpa .
Nie satu hal .

KEDUA , raya KEDUA , pagi pagi buta tuh aku bangunbangun terus muntah . Erghhh ?!
Apakah ?!
Tekak saket sangat plus kepala dah start peningpening .
Fine , aku DEMAM .
Seharian aku baring jaa . Tak buat apa . Enset teman kat tepi . Tak da sapa nak mesej pun .
Cemane nak sehad kalau tak makan ubat? Memang ayat nie je la yang aku dengar .
Fine . Aku makan .
Kepada para doktor , nurse dan yang berkaitan dengannya , I hope one day ada ubat yang sedap , ada banyak perisa ke perasa ke whatever , kasi sedap sikit .
*orang gedik tak sedar diri memang macam nie*
Aku benci ah ubat ! *sapa suka?*
Seharian jugaklah aku tak makan , makan ubat je la .
Then , tido . Tido awal uhh . Cerita best raya suma tak tengok . Mata tak bole bukak .
Kepala saket . Hati pun saket . Arghh :"(
Baru raya kedua beb . Enset dok bunyi sini bunyi sana kawankawan dok ajak beraya .
Sory lah weyhh . Aku nak jalanjalan dalam rumah pun tak cukup kudrat .
Masa nie lah aku nak ingat BIO . Terngiang-ngiang BULIMIA . Hahah . Sudah . Lari tajuk .
Jimat arh baju kurung , aku tak beraya pun .

Raya ketiga ~ kawankawan aku dok pakat rindu aku *prasan!*
ajak beraya . Kepal peningpening lalat lagi , tapi aku pegi jugak .
Naik motor weyh ! Demam demam pun aku bersiap macam orang sehad . Lamaaa ~
Dari 8 steng smpai 10 suku . Tak la lama sangat kan?
Then pegi beraya . Exercise . Orang demam mana boleh layan sangat demam dia , kena fight demam tuh . Kononnye laa kann . Haishh .

Haaaaaaah . Aku benci raya tahun nie .
Btw , duit raya still banyak . Ayah aku yang bagi banyak . Lebih jugak seratus .
Takda feel pun aku . Dah besar macam nie pun orang bagi ? ehh , rezeki aku . Biarlah .

Tapi , aku kena bersyukur jugak dengan apa yang ada .
Sesungguhnya , Allah lebih mengetahui sedangkan kamu TIDAK (yang demikian) .


HOMEWORK ! PAKEJ PERCUTIAN RAYA T_T


Saturday, July 21

Salam Ramadhan :)



Assalamualaikum :)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ya :D

Hargailah masa yang kamu ada sekarang , kerana tidak pasti lagi hari esok akan menjelang tiba :')

Saturday, June 30

23 JUN 2012



Assalamualaikum ~ 
Okaay , sampai sekarang Fiza tak cukup masa nak update blog nie .
Terlalu busy . Banyak sangat event . Banyak ker?
Blogwalking pun tak sempat .
Haishhh , sedih betul . 
Klah , Fiza betul2 nak stoey pasal hari sukan . Tapi.. Apakan daya ..
Tunggu upload gambar dulu . Baru best !
GTG . Bye ! :)
Have a nice day yahh !

Saturday, April 28

K A M I Budak Olahraga :))































*SETIAP GAMBAR PUNYA IRAMA YANG TERSENDIRI*

:: SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU , JITRA , KEDAH .

*ILOVEYOUALL:)*

Saturday, January 28

It's Just Hockey :')

*Kawankawan Fiza. Pasukan hoki SERATAS Ladies. X)*
Assalamualaikum ^^
Elo :)
Ahaaa ~ Thats my hockey team . Gambar yang diedit oleh Fatini Haifaa . Yang dalam nie juz form Fiza je . Form2 len ade , just takde dalam gambar nie :P There's Amalia , Haifaa , Noradzim , Farliyana , Asma , Azreen , Wedismay and Hafiza :) Fiza taley la nak kenalkan sorang2 dengan gambar nye kan.. Nak kenal ? Nanti tanye Fiza terus lah :P
Dah form 4 kitorang neh . And akan ada match hoki untuk MSSD daerah Larut Matang dan Selama 31 Jan nieh . Maybe sampai seminggu kot . Doakan pasukan Fiza ye :) Thanks ~
Ohh lupe . Itu ade coach hoki Fiza . Sir Abdul Rahim bin Hussin . Dan merupakan cikgu disiplin gak kat skolah . Garang tuu.. Jangan main2 dengan dia XP
Koleksi gambar untuk match last kitorang. Tahun lepas. Negeri Sembilan. Makan Beradab kot :)
*Lawan untuk Hoki PUTERI . Makan2*
*Effa , Fiza , Asma , Amalia*
*Mende ape ntah kitorang makan malam tue*
*Cikgu Midah,Junior2 and Seniors*
Jangan cari Fiza , tak nampak .
*Ahaa~ Ada pun gambar nie . Sesungguhnya Fiza dah lupe nama tempat tu*
Ada sape2 pernah sampai sini?
*Burn betul Fiza masa nieh*
*Burn ! Burn ! Dah la bearing tudung macam ape je -.-*

Tuesday, January 24

Okeh Dua Minggu Jadi Form4 :)

assalamualaikum ^^
hai hei hoi :P
Alhamdulillah.. Dah jadi rajin balik tangan nie nak menaip.. Hari tu kena menulis je ;P
Okeh.. Banyak lah story nak cite.. Baru je skola 2 minggu kan ? tapi dah macam2 yang jadi. First, Fiza nak ucap Tahniah untuk kawan Fiza, Aalyaa Aiza Zakaria yang dah pindah skolah ke PERMATApintar. Kat Selangor kot. Pape pun, Gud Luck la kat sane ye.. Hebat ! masuk skola pandai2. Maafkan salah silap Fiza yee.. Wish you happy days and thanks a lot for the chocolates :)
Second, pasal PM kita datang Perak. Worhh bangge2. Haha. Fiza tak jumpa pun. Over excited sikit nak bangge2. :P PM ada datang Taiping , Fiza pun patut turut sama kat situ, Padang Esplanade. SENAMROBIK bersama PM :D Tapi Fiza takde. Fiza kena pegi Merentas Desa kat Batu Kurau. SEDAKA. Skola Dato' Kamaruddin. Sedih kot. Dah la ade budak2 Seratas yang dapat salam Datin Rosmah , tengok dekat2 , jeles nieh . JELESSS. Nak jugak. Huhu :( Tapi, takpe la.. Nak wat cne kan? Then , dengan baru je sehari train untuk merentas desa tuh , Fiza gi la lari jugak. Gunakan tenaga yg ade je. Kalau MINAT sume bende ley buat. Ecece. Haha ^^
Alhamdulillah Fiza dapat tempat ke-4. Dapat medal. Oke la kan? 6 kilometer kalau tak silap. Trek lari dia sangat tak best! Masalahnye kasut sukan Fiza tuh warne putih. Memang lawa la lepas habis lari tu. Terus jadi hitam. grrrrrr. Penat basuh nak bagi putih balek. Penat3! Tapi , Fiza bangge balek sebab lepas PM kat Taiping , PM datang tempat Fiza , Bagan Serai . Wahhhhh , nak bangge lagi. Bhaha :)
Nie lagi satu , Fiza kena tukar kasut skolah baru. Kena beli baru la nieh. Adoyyy. Takde duit la. Cikgu cakap kasut skolah Fiza tu kasut raya. 'Yela cikgu , saya datang skolah nie nak beraya bukannya belajar'.. Ohoo , Fiza tak balas la cnie kan.. Hormat cikgu lagii.. Kasut skola yang fancy tidak dibenarkan ye.. Yang tumit2 tuh pun tak boleh. Pelajar kena pakai yg biasa2 je. Cikgu2 bule la pakai. Info baru. Baru tahun nie Fiza taw. Selama 4 tahun skolah kat situu ;P Tak beli baru lagiii =P
Junior Form1 dah masuk. Awal betul deme masuk tahun nie ye. Dah la orientasi slame 2 minggu. Waktu Fiza dulu seminggu je. Tak aci kan? uwaa :'( Fiza rase tua sangat la pulak. Kak Fiza ;D
Jyeahhhh. Happy Chinese New Year untuk kawan2 Chinese Fiza. Jane , Sharon , KarLing. Hoho. Untuk all Chinese jugee :)

Monday, January 2

Selamat Tahun Baru ~ SEKOLAH .

assalamualaikum ^^
hai . Fiza balek ari nie .
Gud bye la yerk .
Jage diri leklok ..
Selamat Tahun Baru !
dan
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH sume ~ :D

Thursday, December 22

Hari Nie Dah 22 Disember Laa X)

assalamualaikum X)

ahaaaaaaaaa~ :D


Okayy , lamenye aku tak update blog ! Huh , dulu tu aku takut sangat sampai tangan aku nak menaip pun menggeletar , gaye macam orang tua dah taw :P haha~ Sekarang aku tengah update la kan? :)


Okayy , aku tak tau aku ngah rase ape sekarang nie . Macam tade feel jep . Just rase lega . LEGA gila . Detik2 yang menakutkan sudah berakhir~ ahaha~ ;)


Aku dah dapat ape yang aku impikan selama nieh . Straight A's untuk PMR . Alhamdulillah , 8A .
Aku rasa macam jadik tak betol kejap mase dapat slip tuh . Cikgu rilek je . Kami yang beratur nak amek result sume dok takut2 , siap maen tolak tolak sape yang nak pegi dulu . haha~


Nak ucap jutaan terima kaseh kat sume! Abah Mama Cekgu2 Seratas Cekgu SK Teluk Medan Kawankawan Qila Ikah CikPah Nana Aida Mira Izad Usop Izzwan Kimie *Amirul* [Seratas] Kawankawan Shud Umi Jalal [Teluk Medan] Congrates dapat straight A auu!~ Cayalah~ X)
Iylia Nas Kerol Aidil Rey Goyen . Korang da buat yang terbaek . Aku bangga ada kawan yang tabah macam korang~ :) SPM ade lagi . Sabar banyak banyak .


Bagi sape2 yang dapat keputusan cemerlang , Tahniah Fiza ucapkan . Bagi yang tak dapat , jangan putus asa . KITA sumanya adalah cemerlang . ^^




Syukur , Alhamdulillah

n_n


Thursday, December 15

Ketibaannya , Menanti Penuh Debar X)

assalamualaikum ^^
heyyo peeps :)


Rasanya dah sahih , tarikh keluar result untuk budakbudak lepasan PMR adalah pada 22 Disember 2011 nieh. Waaa~ ramai kawan aku yang cakap takut nak amek result , biar result tu yang datang kat kita :) wahh3 , kalau macam tu memang bestlah ! haha~ tapi still kena amek jugak kan? Walau apa pun alasan mereka , kawankawan aku yang serba gila + mereng + sweet :P , akan tetap pergi amek result bukan? haha~ macam2 alasan , tapi aku sure yang aku akan nampak batang hidung mereka semua kat sekolah nanti :) Tapi , kalau tak datang tu , mana la pulak aku nak tahu kan? :P

Worhhh hari nie dah 15 Disember , jap aku hitung , ada lagi 1 2 3 4 5 6 7 hari ja lagi ! Lagi seminggu~ Pejam celik pejam celik mesti cepat kan? Worhh NGERI ahh! Takmau aku bayangkan yang sebenarnya aku dah terbayang-bayang macam orang gila bayang. Lagi satu , homework aku yang Mathmode ngan Addmath tuh tak siap lagi! Yang tu pun ngeri jugak! Banyak gila nombor , putar putar kepala aku tengok kerja tuh. Rasa nak pitam. LOL. :) Mak aku pelik , aiii , budak lepasan PMR pun ada kerja sekolah ka? Well , nampaknya cikgu sekolah aku sangat3 prihatin bukan? Guru sekolah anda? :P Siap ada denda lagi kalau tak siapkan kerja tu tahun depan atau bagi hilangkan kerja tu. Denda dia? RM5 marii~ Worhhhh , cikgu sekolah aku mata duitan. haha~ Kalau tak denda macam tu , mana la kami nak buat kann? Kami sayang DUIT kami :) Dan kami sayang CIKGU kami :)

Kerja sekolah maseh dalam pembikinan , malas malas aku pun aku buat jugak la. Pilih , DUIT ke KERJA SEKOLAH? :D Soklan dia susah =.= Sampai aku kena tanya kawan2 aku melalui mesej~ Acene nak buat jalan kerja matematik dalam mesej? Maka dengan ini , aku amat-amatlah tak paham. Haduiii~ Soal2 math nie kena ada orang ajar secara LIVE kan ? Baru la boleh paham. Ada sape2 nak ajar melalui blogwalking pulak? haha~ :P

Kena bagi siap sebelum amek result nieh! Baru semangat kan? Cakap pasal semangat , aku dah gosok siap baju sekolah yang akan aku pakai untuk pergi mengambil result pada hari khamis nanti. Acene? Semangat tak aku? Semangat terlebih nie. Teruja-2! Alahaiiii~




P/s : Trang tang tang aku takut yang amat . X3 . Gigil satu badan . :P





Monday, December 12

Blog Nie Da Transform, Apa Komen Anda?

assalamualaikum ^^
olla ! :D


Fiuuuuu~ Okeh. Penat. Ngeh3. Haaa~ Bagi followers yang setia , amacam dengan blog Fiza kali neh? Dia da transform! Bertukarrrr! Makin buruk atau sebaliknya? Tak pulak Fiza snap pic laman blog Fiza yang dulu kan? Alahaiii~ Kalau tak , at least boleh tengok balek , perbandingkan kan? Fiza tukar gune template designer. Yang dulu punya amek template kat btemplate je.Masa form1. Masa tu la first time Fiza menjejakkan kaki ke laman blog. Sebab ape? Cikgu kelas komputer yang ajar. Sume orang kena buat blog. Sume kawan2 Fiza ade blog! Wajib! Yeah~ Tapi , tak tahu lah macam mana dengan blog mereka sekarang.

Sememangnya Fiza tak kreatif langsung kan? Template designer nieh boleh design ikut citarasa kita sendiri. Dan , sememangnya citarasa Fiza agak teruk kan? HIJAU!! grrrrrr! Fiza pun tak tahu kenapa blog Fiza nie berwajah hijau. Fiza bukan minat pun dengan warna hijau. Adehh~
Maybe sebab mata Fiza sedap memandang warna hijau kot? Walau ape pun , hijau warna yang lawa jugak kan? Baek setuju! haha~ :D

Fiza da boring jugak dengan blog Fiza sebenarnya. Yang dulu tuh. Dari form1 sampai sekarang. Dah 3 tahun. Lama jugak kan? Dan sekarang Fiza act berani. Transform dah. :D


Fiza dah rasa sikit down neh. Selepas menemu bual beberapa orang rakan Fiza , tanya sama ada yang dulu ke or yang sekarang nie lagi oke? jawapan dia 1-1. Ada kawan Fiza yang suka dengan blog Fiza yang dulu. Lagi cantik katanya. Tapi , Fiza ... ==" urgghh! Tak kreatif!

Tak ape lah , Fiza da try the best. Nanti Fiza nak edit lagi , maseh tak puas hati lah! Untuk masa sekarang , yang nie je la ea. :) Kadang2 line internet Fiza buat hal lah. Nak blogging pun macam tak best je. Fiza nak blogwalking lagi! Minta maaf ye kawan2 kalau Fiza lambat hit balek ea.

Dan sebelum Fiza terlupa , blog Fiza nieh bad views kalau guna internet explorer dan mozilla firefox. Cuba guna google chrome. :D Good views sikit. :) Tapi , kalau da buruk tu , buruk la kan? haha~ XP


Okayy , last question , *kat tajuk dah ada* apa pendapat anda semua dengan blog Fiza yang da transform neh? KOMENkomen! :D

Saturday, December 10

Saya Minta Maaf Kalau Saya Salah :')



I'm so sorry for everything that i've done. Please , i'm begging you. Forgive for me?
:'(

Thursday, December 8

Hari Hariku Semakin Membosankan :'(

assalamualaikum.
salam 1Malaysia :)


Okay, pemberitahuan, entry nie akan menjadi entry yang entah apa2. Takde tujuan gitu. Sekian, harap maklum. [aku tulis ape2 yang terlintas kat lalulintas kepala aku oke?:P]



Makan tido makan tido. Alamatnya akan jumpe Nurul Hafiza versi kedua yang bertambah chubby dan chumill lah pada tahun depan. *Err..yang chumill tu aku TERtulis. hehe~ Jangan terkejut ye :P. *nafsu makan dan tido memang tak boleh dikawal pada masa cuti nieh. Cuti panjang la katekan. Well, makin panjang, makin bosan! Nak baca novel? Entah. Aku tak berapa nak minat. Last2, komputer jugak lah sahabat sejati. haha :P Aku ada jugak try aktiviti terbaru. Ape? Aku selongkar stor belakang rumah, cari basikal. Ahaaa nak buat ape? Nak jual kat besi buruk. Heh? bukanlah. Hasrat sebenar nak exercise gitu. Aku takmau badan aku jadi macam tong,oke? :P Kesian betul aku tengok basikal aku tuh. *cuba anda bayangkan basikal yang telah lama tidak digunakan sejak darjah 6, dan sekarang aku tingkatan 3. XP
Aku pun pumping la. Bukan! Aku pam tayar basikal menggunakan kudrat yang ada. [agak2 la, aku pam tayar basikal tu, berapa banyak kalori dalam badan dah aku bakar?] :P

Okay2, kembali ke realiti. Selepas itu, aku pun pergi berbasikal mengelilingi kampung aku yang indah dan permai. *Aku tak tipu tau* Tapi, petang tu je la. Petang2 yang seterusnya aku habeskan masa dengan menatap mukabuku. >< [hangat2 tahi ayam betul!]



*aku dah takde idea dah*



Tiba2 aku teringat kat sepupu sepapat aku. Kepada Along, tahniah lah sebab dapat 5A untuk UPSR anda. Akak turut gembira. Akak? == .
Anak Maktih aku, Syahmi kot nama dia. Tapi ramai panggil Along, sebab dy sulung. hehe~
Satu soalan daripada Maktih untuk aku.
'Best tak duduk asrama?'
Aku sebenarnya takde jawapan khusus untuk soalan cepumas tuh. Bagaimana dengan anda yang mempunyai pengalaman? Ingin berkongsi cerita? :P
Aku angguk aje dan cakap, best. [benarkah?] :P

Dan,


Berkaitan asrama ini, masa makan malam yang aku tak ingat bila, mama cakap kat aku,



'Lepas PMR nie, keluar la asrama tuh. Masuk sekolah harian. Senang sikit.'







*aku terkesima*



Monday, December 5

Busy Busy Busy. Auwww~ c(=

assalamualaikum ^^
hai.


Ngeh. Penat la sejak kebelakangan nie. Nak tido aje. Hibernasi :) Bak kata Nurul Haziqah, masa untuk qada tido. Betul3! Qada tido. Memang kena qada. Ngantok bagai. Ngah naip-naip ni pun aku boleh menguap lagi. Huargghh~ (~.~)

Image taley upload! Tension aku. Ta larat nak gaduh ngan blogger dah. :P

Akan lame tak update blog. Tade mood. Kalau rajin, rajin sangat. Sampai 3 post pun bole dalam satu hari. Kalau malas, haihh.. jangan cakap laa..

Sesungguhnya, tajuk tak berkaitan langsung. Otak serabut. (pinjam name blog hang,ika)





P/s : Wanna be sleeping beauty for a couple of days~ Waiting for my prince! :P
Tak payah datang pun tak pa , saya nak tidur naa.. haha :P





LOL:)

Wednesday, November 30

LOL . Esok dah Disember :)

assalamualaikum ^^
hye again =]



Aku macam x percaya. Esok dah masuk bulan Disember. Cepat kan masa berlalu? kan? kan? :P Sebulan lagi untuk ke tahun hadapan. Form 4 :) Aishh. Jangan ingatkan aku pasal tuu. Aku maseh kecil. Budak budak lagi :) Well well [tetap tamau ngaku , jangan paksa :P]

Aaarrghhh :'( TEKANAN . Sana sini semua TEKANAN. Tekan sana tekan sini. weekkk. [Fiza gila]
Aduhaaiii~ Nak study , nak jugak bukak buku , tapi ape? Aku still jugak bukak muka buku aku tuh. Apa yang best? ntah. tatau tatau :P Kemalasan melanda~ malas malas malas. Sape rugi? Aku :'( LOL.

Oke oke. Azam bulan Disember. First , tamau on9 banyak banyak dah. Kurang kurangkan aje. :P
Nak study. Eceh. Ape dalam kepala otakmu Fiza sayangs? Study study study study sampai mati! haha~ tak ade lah sampai macam tu skali. Nampak sangat saket jiwa raga tuh. Tapi , memang betul kan? Kita kena cari ilmu sampai lah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Kenapa? Sebab.. ilmu yang kita ada nie takkan penah cukup.. TIDAK akan! :) Lalalala~ Saya memang dah lepas PMR , tapi tahun depan bukan tahun hunnymoon saya ye , saya ada SPM lagi! tamau banyakbanyak alasan tuh. Camne nak hidup kalau asyik bagi alasan sana , alasan sini , bila kita nak berjaya? :)

Ceewaah ceewaah ayat. Macam bukan aku aje XP

Tension la tunggu result. Sape sape yang tengah tunggu result same aku angkat tangan tinggitinggi! cepatcepat! haha~ Satu soalan , tension ta tunggu result? Bagi budak pandai tak heranlah~ kan? kan? tamau kawan nan budak pandai! kenapa? Mereka pandai sangat! wekk :P

Dah dah :) Solat asar .
Papai sayangs~ ^^uwekkk :P






P/s : Dulu otak saya beku , sekarang hati saya tak keruan. Result result result. Kauu da buat aku angau memikirkanmu.. Yang penting , tak dapat straight A's bukan bermakna gagal. Maseh jauhh perjalanan hidupku ^^

Buddies :)

assalamualaikum ^^
wee~ :D
hye =]


24November 2011 ,
Taiping , Malaysia
10.30 pagi hingga 6 petang
[semayang kat masjid , jangan risau:P]


ahaa~ hasrat g men bowling da tercapai. hekhek. hoyeah hoyeah~
Ada 5 kawankawan aku , Qila , Rey , Goyen , Appak dan Chaoi . Mereka semuanya GILA !
blinkBLINK == sekali aku pun turut menggila . der? hahah.
pertarungan sengit antara Qila dan Appak , seyes seyes , untuk merebut tempat ke 5 !
well well , sape yg menang? of course la Qila , dy lgi ensem [xde kena mengena] :P
hahah. Suara sape paling kuat kat situ? AKU. Sape yang paling gila kat situ? AKU. Sape yang menang men bowling? ceewaaah , suresure la AKU lagi. heheh. Tak tipu tau. Tapi, game yang second aje laa. Yang first ngan third aku kalah laa. uuwwwaaaa! :'( at least ade strike. Haha.
Orang tak pernah maen bowling , jakun je gamaknye. Sape? AKU la. Eceh. :D Kami menjadi perhatian ramai di situ. Bising. Daya penarik? AKU. haha [gila]

Pastu pastu kitaorang gi lunch , yeah ~ makan ! Kitaorang berdebat sepanjang kitaorang keluar dari pusat bowling tu , mase naek lif sampai bawah kitaorang berhenti. Bincang lagi. Pasal ape? Pasal nak makan kat mane == . At least 30 minit kitorang bincang. Susah cari tempat la. Last2 , kitaorang sangkut jugak kat KFC. heheh. Ada anak manager ngan aku nieh. REY. Masuk2 memang terus nampak bapak dy lah. hee~ Apa yg berlaku ialah , kami dapat makan free kat KFC. Bapak Rey belanja! SNACKPLATE aje. Tapi, oke la kan ? huhu~ Timekaceh untuk Rey. Ecece. hahah. Best la lau dapat jadi makwe dy. Dapat makan KFC ary2. :D aku? tamaulah. Rasenye dy dah ade yg punyee :P tamau kacau. Skandal lame tuu. wekkk. Tutup story lame. hehe~

Pastu pastu kitorang gi shopping! shopping nan budak laki tahu? haha. Tak penah2 dibuat orang.
Dyorang yang leading kitaorang nak gi mane. Bukan sepatutnye perempuan yang lead ke? Tape2 , mereka ramai. Banyak kuasa sikit. Haha. Follow aje lah~ Tak sangke budak laki ni pon banyak cerewetnya. Appak. Dia nak beli bola. Penat kitaorang mengekor dy nak cari bola dy tuh. *kawankawan SERATAS, Appak beli bola baru ! :P Gune duit kerajaan lagi. Weyy weyy , tu duit untuk persekolahan lah! [Aku punye duit pun da lame habes. Skola lambat lagi. adoyy adoyy adoyy]
Kitaorang g mane lagi? kedai buku , kedai kek , kedai jam , One Price Shop , masjid dan akhir skali , stesen bas. Mauu balek sudaa :'(

Chaoi da blah awal , penat je aku tengok. So, aku benarkan. [perlu ke kebenaran aku?:P] Perlu la! Aku nak naek bas ngan sape nanti? huhu :'(
Good news nye , aku balek ngan Appak! hoyeah hoyeah~ Dan yang paling gilanya , time dalam bas tuh dy tamau duduk ngan aku. GEDIK! Tape2 , then ade sorang awek cun dok sebelah dy.
Tut tut mesej masuk , 'Fiza , tengok sape dok sebelah aku nieh , yahh'-Appak
der? =="
Mang gila kan mamat tuh. Sonok la dapat awek cun dok tepi. Patut xnak duduk ngan aku.
Sengall betul ==" hahah. lawaklawak.

Yang penting , kami dapat balek dengan selamatnya . Alhamdulillah :)

Kawankawan , tengs ya~ untuk hari itu. Aku dapat kenal diri korang yang sebelah lagi mase tu.
Sifat gilagila korang tu la! :))
Terima kaseh daun keladi =]
Sayang korang sangatsangat tawu ?
Sayang yang laen juga :)
Mishh korang. Mmmuahh! [untuk Qila aje] :P





P/s : Otak aku ngah beku tunggu result. Arrghhh :'(


Tuesday, November 22

Aaaah ~ Sengall la ! ==

assalamualaikum
Huh !
Nape la blogger x save ? aduhaiii~
aku dah macam takde semangat nak menaip..
mood sudah hilang..
mengapa?
dah siap dah post aku untuk kali nie ..
panjang la jugak .. x larat rasenye aku nak taip balek .. ==
maaf ye blog .. :'(

Thursday, October 27

TAG . owww . :)

Aku kena tag . owh , nie suma sbb kak Naurah . heee~ thanks ye .
You must post these
rules.
•Each person must post 11 things about themselves in their
jurnal.
•Answer the questions the tagger
set for you in their post and create eleven new questions for the people you
tagged to answer
•You have to choose 11
people to tag and link them to the post.
•Go to their page and tell them you have tagged
him/her
•No tags back
•No stuff in the tagging section about you and tagged if
you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have
to tag 11 people.
11 things about Fieyza :)
  • Suka melalak..tambah2 lagi kalau telinga sumbat dengan mp3 .
  • Benci cerita seram . Sangat sangat ANTI .
  • Suka lagu2 english , tapi maseh Anak Malaysia :D
  • Benci pakai spek , burok ! tapi,apakan daya~ rabun .
  • Love sports , especially olahraga . olahraga sport ke? :P
  • Seorang yg pemalu~ hahah ,,
  • Kuat jeless .
  • Tak suka Bruno Mars , tapi ade satu lagu yg berjaya buat Fiza suka dia , LIGHTERS .
  • Kalau tak kenal Fiza , memang sombong . Muka ketat .
  • Selalu tension . Benda kecik2 pun Fiza tensionkan jugak .
  • Suka tujuh belas . kenapa ? tarikh lahir Fiza :)

Jawapan untuk soalan kak Naurah ^^

  • Kutuk org tapi dia pun dua kali lima je . Menyampah !
  • Err , pernah kot . cinta monyet :P
  • Amat mengidamkan enset skunk . Arghh ! nape dikauu harus rosak ?
  • Suka kot . sebab ? Saya suka belajar . :P
  • Cikgu KH . Dia x slalu bagi homework . ngeh , :P
  • Sangat teringin nak pegi Australia .
  • Inspirasi ? Our prophet , Nabi Muhammad S.A.W
  • Ramai , tapi salah satunye , Aqilah Malek . Dia slalu paham ape yg Fiza rase . Sayang dia .
  • Tulis diari cinta . ^^
  • Kawan kawan .
  • Baru form 3 , Science .

Fiza lak nak bagi soalan . =]

  • Kenapa korang suka blogging ?
  • Best ke bercinta sekarang ? reasons ?
  • Kalau korang nak tukar name , ape name baru korang ?
  • Kenapa korang salu saket hati ?
  • Lagu yg korang minat sampai sekarang ?
  • Sukan ape yg korang benci ?
  • Suka cerita seram tak ? sebab ?
  • Korang prefer org kutuk belakang ke depan2 pasal korang ?
  • Korang suka luangkan masa dengan kawan2 ke keluarga ?
  • Minat tak warne Pink ? sebab ?
  • Kisah zaman sekolah rendah yg korang maseh ingat sampai sekarang ?

Enjoy yaa~ Fiza x reti sangat neh . tapi, boley boley sajaa .
Sape yg Fiza tag . Tengok tengok la shoutbox korang . ^^ chill~

Wednesday, October 26

Bebas ?

*time men bowling ngan kawan2 kat taiping*
Huhu~
Ngah sedey nie .. my papa x bagi gi tepeng , men bowling ngan kengkawan .
Deme janji nak jumpa ary nie .. kat taiping sentral ,
tapi, apakan daya~
abah aku x bagi pegi lah .
sejak akhir2 nie , suma tempat aku nak pegi x boleh .
masa sebelum PMR tu boleh pulak?
haihhhh = =
ta paham aku .
weyh,, korang , jangan nakal2 au kat sana .
Mentang2 ak xde . *gedik ah*
haha~
tapi,, serious x tipu , ak sedey x dapat join . sob sob T.T

Monday, October 24

The PMR is OVER! OMG~

Assalamualaikum .
Wink Wink .
I'm home . Aah~ home sweet home.. at last ..
Penat . Baru balek dari Noghohi . Seremban .
Lawan hoki open kat sane . Kalah .
Pegi untuk enjoy enjoy je . hee~ dapat RM50 . Sir bagi . Skola yg bgi sebenarnya . XD
Sangat lega . The Big PMR sudaa habes !
Cam x leh caya je . Memang betul . Masa sangat cepat berlalu . Tup tup aku dah nak naik form 4 .
Lagi banyak dugaan ! hadoii~
One more, aku dah dilantik menjadi pengawas . LEMBAGA DISIPLIN PENGAWAS .
ayoyo~ x penah kusangka .
Macam xnak pun ada jugak . payah .
Tapi, alang alang dah dapat , amek je la .
Aku pun maseh di bawah masa percubaan .
Jawatan aku x tetap lagi . BERUSAHA ! :D
Buat masa sekarang , tengah menjayakan aktiviti lepas PMR . Aku da besar la !
(x dapat menerima kenyataan dah makin tua) :P
ensetku rosak . x ley nak contact kengkawan . aduhaiii~
sangat menyedihkan .
enset baru? kena tunggu result PMR dulu . wajib 8A !
kalau x dapat 8A cne? hmm, nampaknya musnahlah segunung harapan untuk memiliki enset baru .
P/s: bertawakal untuk result yg membanggakan . mudahan 8A . aminn~