Sunday, December 25

Solo 2011 ~ Oww.. FORM 4 !











Di zaman form 3 , kenangan ~
2012 dah jadi form 4 :)

Thursday, December 22

Hari Nie Dah 22 Disember Laa X)

assalamualaikum X)

ahaaaaaaaaa~ :D


Okayy , lamenye aku tak update blog ! Huh , dulu tu aku takut sangat sampai tangan aku nak menaip pun menggeletar , gaye macam orang tua dah taw :P haha~ Sekarang aku tengah update la kan? :)


Okayy , aku tak tau aku ngah rase ape sekarang nie . Macam tade feel jep . Just rase lega . LEGA gila . Detik2 yang menakutkan sudah berakhir~ ahaha~ ;)


Aku dah dapat ape yang aku impikan selama nieh . Straight A's untuk PMR . Alhamdulillah , 8A .
Aku rasa macam jadik tak betol kejap mase dapat slip tuh . Cikgu rilek je . Kami yang beratur nak amek result sume dok takut2 , siap maen tolak tolak sape yang nak pegi dulu . haha~


Nak ucap jutaan terima kaseh kat sume! Abah Mama Cekgu2 Seratas Cekgu SK Teluk Medan Kawankawan Qila Ikah CikPah Nana Aida Mira Izad Usop Izzwan Kimie *Amirul* [Seratas] Kawankawan Shud Umi Jalal [Teluk Medan] Congrates dapat straight A auu!~ Cayalah~ X)
Iylia Nas Kerol Aidil Rey Goyen . Korang da buat yang terbaek . Aku bangga ada kawan yang tabah macam korang~ :) SPM ade lagi . Sabar banyak banyak .


Bagi sape2 yang dapat keputusan cemerlang , Tahniah Fiza ucapkan . Bagi yang tak dapat , jangan putus asa . KITA sumanya adalah cemerlang . ^^




Syukur , Alhamdulillah

n_n


Thursday, December 15

Ketibaannya , Menanti Penuh Debar X)

assalamualaikum ^^
heyyo peeps :)


Rasanya dah sahih , tarikh keluar result untuk budakbudak lepasan PMR adalah pada 22 Disember 2011 nieh. Waaa~ ramai kawan aku yang cakap takut nak amek result , biar result tu yang datang kat kita :) wahh3 , kalau macam tu memang bestlah ! haha~ tapi still kena amek jugak kan? Walau apa pun alasan mereka , kawankawan aku yang serba gila + mereng + sweet :P , akan tetap pergi amek result bukan? haha~ macam2 alasan , tapi aku sure yang aku akan nampak batang hidung mereka semua kat sekolah nanti :) Tapi , kalau tak datang tu , mana la pulak aku nak tahu kan? :P

Worhhh hari nie dah 15 Disember , jap aku hitung , ada lagi 1 2 3 4 5 6 7 hari ja lagi ! Lagi seminggu~ Pejam celik pejam celik mesti cepat kan? Worhh NGERI ahh! Takmau aku bayangkan yang sebenarnya aku dah terbayang-bayang macam orang gila bayang. Lagi satu , homework aku yang Mathmode ngan Addmath tuh tak siap lagi! Yang tu pun ngeri jugak! Banyak gila nombor , putar putar kepala aku tengok kerja tuh. Rasa nak pitam. LOL. :) Mak aku pelik , aiii , budak lepasan PMR pun ada kerja sekolah ka? Well , nampaknya cikgu sekolah aku sangat3 prihatin bukan? Guru sekolah anda? :P Siap ada denda lagi kalau tak siapkan kerja tu tahun depan atau bagi hilangkan kerja tu. Denda dia? RM5 marii~ Worhhhh , cikgu sekolah aku mata duitan. haha~ Kalau tak denda macam tu , mana la kami nak buat kann? Kami sayang DUIT kami :) Dan kami sayang CIKGU kami :)

Kerja sekolah maseh dalam pembikinan , malas malas aku pun aku buat jugak la. Pilih , DUIT ke KERJA SEKOLAH? :D Soklan dia susah =.= Sampai aku kena tanya kawan2 aku melalui mesej~ Acene nak buat jalan kerja matematik dalam mesej? Maka dengan ini , aku amat-amatlah tak paham. Haduiii~ Soal2 math nie kena ada orang ajar secara LIVE kan ? Baru la boleh paham. Ada sape2 nak ajar melalui blogwalking pulak? haha~ :P

Kena bagi siap sebelum amek result nieh! Baru semangat kan? Cakap pasal semangat , aku dah gosok siap baju sekolah yang akan aku pakai untuk pergi mengambil result pada hari khamis nanti. Acene? Semangat tak aku? Semangat terlebih nie. Teruja-2! Alahaiiii~




P/s : Trang tang tang aku takut yang amat . X3 . Gigil satu badan . :P





Monday, December 12

Blog Nie Da Transform, Apa Komen Anda?

assalamualaikum ^^
olla ! :D


Fiuuuuu~ Okeh. Penat. Ngeh3. Haaa~ Bagi followers yang setia , amacam dengan blog Fiza kali neh? Dia da transform! Bertukarrrr! Makin buruk atau sebaliknya? Tak pulak Fiza snap pic laman blog Fiza yang dulu kan? Alahaiii~ Kalau tak , at least boleh tengok balek , perbandingkan kan? Fiza tukar gune template designer. Yang dulu punya amek template kat btemplate je.Masa form1. Masa tu la first time Fiza menjejakkan kaki ke laman blog. Sebab ape? Cikgu kelas komputer yang ajar. Sume orang kena buat blog. Sume kawan2 Fiza ade blog! Wajib! Yeah~ Tapi , tak tahu lah macam mana dengan blog mereka sekarang.

Sememangnya Fiza tak kreatif langsung kan? Template designer nieh boleh design ikut citarasa kita sendiri. Dan , sememangnya citarasa Fiza agak teruk kan? HIJAU!! grrrrrr! Fiza pun tak tahu kenapa blog Fiza nie berwajah hijau. Fiza bukan minat pun dengan warna hijau. Adehh~
Maybe sebab mata Fiza sedap memandang warna hijau kot? Walau ape pun , hijau warna yang lawa jugak kan? Baek setuju! haha~ :D

Fiza da boring jugak dengan blog Fiza sebenarnya. Yang dulu tuh. Dari form1 sampai sekarang. Dah 3 tahun. Lama jugak kan? Dan sekarang Fiza act berani. Transform dah. :D


Fiza dah rasa sikit down neh. Selepas menemu bual beberapa orang rakan Fiza , tanya sama ada yang dulu ke or yang sekarang nie lagi oke? jawapan dia 1-1. Ada kawan Fiza yang suka dengan blog Fiza yang dulu. Lagi cantik katanya. Tapi , Fiza ... ==" urgghh! Tak kreatif!

Tak ape lah , Fiza da try the best. Nanti Fiza nak edit lagi , maseh tak puas hati lah! Untuk masa sekarang , yang nie je la ea. :) Kadang2 line internet Fiza buat hal lah. Nak blogging pun macam tak best je. Fiza nak blogwalking lagi! Minta maaf ye kawan2 kalau Fiza lambat hit balek ea.

Dan sebelum Fiza terlupa , blog Fiza nieh bad views kalau guna internet explorer dan mozilla firefox. Cuba guna google chrome. :D Good views sikit. :) Tapi , kalau da buruk tu , buruk la kan? haha~ XP


Okayy , last question , *kat tajuk dah ada* apa pendapat anda semua dengan blog Fiza yang da transform neh? KOMENkomen! :D

Saturday, December 10

Saya Minta Maaf Kalau Saya Salah :')



I'm so sorry for everything that i've done. Please , i'm begging you. Forgive for me?
:'(

Thursday, December 8

Hari Hariku Semakin Membosankan :'(

assalamualaikum.
salam 1Malaysia :)


Okay, pemberitahuan, entry nie akan menjadi entry yang entah apa2. Takde tujuan gitu. Sekian, harap maklum. [aku tulis ape2 yang terlintas kat lalulintas kepala aku oke?:P]



Makan tido makan tido. Alamatnya akan jumpe Nurul Hafiza versi kedua yang bertambah chubby dan chumill lah pada tahun depan. *Err..yang chumill tu aku TERtulis. hehe~ Jangan terkejut ye :P. *nafsu makan dan tido memang tak boleh dikawal pada masa cuti nieh. Cuti panjang la katekan. Well, makin panjang, makin bosan! Nak baca novel? Entah. Aku tak berapa nak minat. Last2, komputer jugak lah sahabat sejati. haha :P Aku ada jugak try aktiviti terbaru. Ape? Aku selongkar stor belakang rumah, cari basikal. Ahaaa nak buat ape? Nak jual kat besi buruk. Heh? bukanlah. Hasrat sebenar nak exercise gitu. Aku takmau badan aku jadi macam tong,oke? :P Kesian betul aku tengok basikal aku tuh. *cuba anda bayangkan basikal yang telah lama tidak digunakan sejak darjah 6, dan sekarang aku tingkatan 3. XP
Aku pun pumping la. Bukan! Aku pam tayar basikal menggunakan kudrat yang ada. [agak2 la, aku pam tayar basikal tu, berapa banyak kalori dalam badan dah aku bakar?] :P

Okay2, kembali ke realiti. Selepas itu, aku pun pergi berbasikal mengelilingi kampung aku yang indah dan permai. *Aku tak tipu tau* Tapi, petang tu je la. Petang2 yang seterusnya aku habeskan masa dengan menatap mukabuku. >< [hangat2 tahi ayam betul!]



*aku dah takde idea dah*



Tiba2 aku teringat kat sepupu sepapat aku. Kepada Along, tahniah lah sebab dapat 5A untuk UPSR anda. Akak turut gembira. Akak? == .
Anak Maktih aku, Syahmi kot nama dia. Tapi ramai panggil Along, sebab dy sulung. hehe~
Satu soalan daripada Maktih untuk aku.
'Best tak duduk asrama?'
Aku sebenarnya takde jawapan khusus untuk soalan cepumas tuh. Bagaimana dengan anda yang mempunyai pengalaman? Ingin berkongsi cerita? :P
Aku angguk aje dan cakap, best. [benarkah?] :P

Dan,


Berkaitan asrama ini, masa makan malam yang aku tak ingat bila, mama cakap kat aku,



'Lepas PMR nie, keluar la asrama tuh. Masuk sekolah harian. Senang sikit.'







*aku terkesima*



Monday, December 5

Busy Busy Busy. Auwww~ c(=

assalamualaikum ^^
hai.


Ngeh. Penat la sejak kebelakangan nie. Nak tido aje. Hibernasi :) Bak kata Nurul Haziqah, masa untuk qada tido. Betul3! Qada tido. Memang kena qada. Ngantok bagai. Ngah naip-naip ni pun aku boleh menguap lagi. Huargghh~ (~.~)

Image taley upload! Tension aku. Ta larat nak gaduh ngan blogger dah. :P

Akan lame tak update blog. Tade mood. Kalau rajin, rajin sangat. Sampai 3 post pun bole dalam satu hari. Kalau malas, haihh.. jangan cakap laa..

Sesungguhnya, tajuk tak berkaitan langsung. Otak serabut. (pinjam name blog hang,ika)





P/s : Wanna be sleeping beauty for a couple of days~ Waiting for my prince! :P
Tak payah datang pun tak pa , saya nak tidur naa.. haha :P





LOL:)