Saturday, June 18

Esok Hari Bapa LAh ,, =]

. . . . . . . . . . . . .

Ketika si ayah sedang berehat di beranda sambil mengusap-usap wajahnya yg mulai berkerut dan badannya sudah bongkok, si anak perempuannya dtg bertanya mengapa wajahnya yg kacak kini sudah mulai berubah dan badannya yg tegap sudah bongkok.

Jawab si ayah 'kerana aku ini seorang lelaki'. Si anak tidak mengerti ...
dan bertanya kepada ibunya mengenai ayah. Jawab ibunya 'Anakku,jika seorang lelaki itu benar-benar bertanggungjawab ke atas keluarganya, memang begitulah jadinya.' Anak masih tidak faham dan terus mendiamkan diri. Suatu dia mimpi dan mimpi itu menjawab persoalan yg bermain di fikirannya selama ini.

'Saat Kuciptakan lelaki, aku ciptanya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga. Dia sentiasa akan berusaha menahan setiap hujungnya , agar keluarganya aman bahagia.'

'Kuciptakan bahunya yg lebar dan berotot untuk membanting tulang menyara keluarganya.'

'Kuberikan kekuatan padanya agar berusaha mencari sesuap nasi dari keringat sendiri yg halal dan bersih agar keluarganya dlm keadaan baik, walaupun seringkali dia mendapat cercaan daripada anak-anaknya. Kuberikan perasaan keras dan gigih berusaha berjuang mencintai dan mengasihi keluarganya walaupun anak melukai perasaannya. Kuberikan kedutan di wajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuatnya untuk mencari jalan agar keluarganya hidup dalam keluarga sakinah dan badannya yg terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yg bertanggungjawab terhadap keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan tenaga serta perasaannya, kekuatannya, demi hidup keluarganya. Dan hanya inilah kelebihan yg dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tangunggjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.'

Anak perempuan itu terbangun dan segera berlari, berwuduk dan solat malam sehingga menjelang subuh. Setelah itu, dia hampiri bilik ayahnya yg sedang berzikir. Ketika ayahnya berdiri, anak perempuan itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata, 'Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.'♥
abah, Selamat Hari Bapa .. :))
khas untuk abah saya, Mazlan bin Mohd Nor . <3

No comments:

Post a Comment